Saturday, 26 May 2012

Be My Soulmate? - Love 1


Syauqina merenung jam di tangan kanan. Sudah hampir setengah jam dia duduk di situ. Menunggu kedatangan seseorang yang ingin dikenalkan kepadanya. Syauqina melepaskan keluhan. Tidak mengerti akan sebab mengapa dia perlu melalui perkara yang memalukan ini.

'Memalukan? Ya. Bagiku tindakan ibu sudah keterlaluan. Tak kan aku perlu jadi galang ganti hanya untuk mengeratkan persahabatan?'

"Nur Syauqina Ahmad Rahimi?" pertanyaan itu mematikan pembacaan Syauqina. Majalah CLEO diletakkan kemas ke atas meja. Sememangnya itu peribadinya. Bahan bacaannya sentiasa disusun rapi. Wajahnya diangkat untuk melihat gerangan yang menyapa.

"Ya, saya Syauqina. Awak ni Aizat?" kepastian dipinta daripada lelaki yang berdiri di hadapannya. Mata Syauqina sempat menganalisa lelaki itu. Berambut pendek dan berpakaian kemas.

"Ya. Saya Aizat. Mak saya minta saya jumpa awak hari ni. Maaf buat awak tunggu lama. Saya ada hal sikit kat office tadi." terang Aizat. Dia ingin Syauqina mengerti akan kerjanya. Syauqina mengangguk perlahan tanda faham lalu memberikan isyarat agar Aizat duduk.

Aizat patuh. 'Apa gaya nak interview orang je minah ni? Main arah-arah aku duduk pula. Tapi ni dikira interview jugaklah kan?' Hati Aizat berbisik nakal.

"Saya pasti Cik Syauqina tahu apa tujuan kita jumpa hari ni kan?"

"Syuq. Panggil saya Shuq. Tak perlu formal sangat. Memang saya tahu tapi terus terang saya katakan, saya kurang setuju dengan plan ni." ujar Syauqina sambil mengacau teh merahnya di dalam cawan. Mata Aizat memerhati gerak Syauqina tanpa menyedari tindakannya mengundang resah gadis itu.

"Saya pun. Saya cuma datang untuk kenal, mungkin kita boleh jadi kawan. Maaf, tapi boleh saya tahu whether Shuq dah ada boyfriend?" selamba Aizat bertanya. Ingin melihat reaksi Syauqina. Syauqina tersenyum sinis. Dapat dirasakan soalan itu ditujukan khas untuk menguji.

"Boyfriend? Saya ada ramai boyfriend tapi kalau awak tanyakan tentang special boyfriend, saya tak ada. I used to have but we're over. How 'bout you?" nada suara Syauqina jelas berubah kepada sindiran.

"Saya ada Nana. Saya tak perlukan yang lain."

"Nana? Your little sister?" berkerut dahi Syauqina mendengarkan nama itu.

"Kenapa Syauqina? Takut saya dah ada girlfriend? Teringin sangat ke nak kahwin dengan saya?" tawa Aizat meletus. Wajah Syauqina dilihatnya berubah. Pipinya kelihatan sedikit merah. 'Marah ke geram tu? Cute jugak budak ni.' Aizat berbisik sendiri.

Syauqina pantas berdiri. Panas hatinya apabila berdepan dengan Aizat. Dia ingin segera beredar sebelum tahap kemarahannya mencapai tahap maksimum. Handbag dicapai lalu Syauqina segera berlalu dari situ. Sempat dia menghadiahkan Aizat jelingan tajam. Tawa Aizat jelas kedengaran di telinga Syauqina walaupun dia telah sampai di hadapan pintu cafe.

"Amazing. Dia yang pertama yang sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat sini." ujar Aizat kagum. Tangannya mencapai cawan Syauqina di sebelah sana meja. Airnya diteguk perlahan namun tersembur keluar sebaik sahaja air itu mencapai deria rasanya.

"Yuck. What kind of tea is this? Ada jugak orang minum teh yang rasa camni? Oh, dia baca mags. CLEO? So girly." Dia membelek-belek majalah yang ditinggalkan oleh Syauqina. Beberapa minit kemudian majalah itu diletakkan kembali. Bosan dengan bahan bacaan wanita itu.

Aizat menjeling jam di pergelangan tangannya. Sudah menjangkau pukul 6 petang. Dia perlu segera kembali ke rumah dan bersiap untuk bertemu dengan kawan-kawannya dan melakukan aktiviti malam bersama-sama. Majalah CLEO dicapai sebelum dia melangkah pergi.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"So, how was it? Aizat tu hensem tak?"

"Eh, kalau Aizat tu hensem, kau pass dia kat aku pun okey."

Syauqina membalas pertanyaan Arina dan Syaira dengan jelingan. Serentak dengan itu mereka berdua terdiam. Faham bahawa angin monsun timur laut sedang melanda di dalam diri sang teman. Syauqina pantas menghilangkan diri ke dalam biliknya.

"Rin, kau rasa kenapa Syuq angin semacam je ey? Aizat tak datang jumpa dia ke?" Syaira membuat aksi ala-ala gossip girl.

"Ntah lah. Baik kita tunggu je Syuq cerita. Bila dia dah sejuk nanti, mesti dia bukak hikayat punya." ujar Arina penuh yakin. Syaira mengangguk lalu pandangannya kembali dihala ke skrin tv.

Konsentrasi mereka berdua terganggu apabila terdengar bunyi jeritan dari bilik Syauqina. Pantas kaki mereka dihala ke arah bunyi tersebut.

"Syuq! Syuq! Buka pintu ni! Kau okey ke?" Arina mulai cemas apabila tiada reaksi dari Syauqina walaupun pintu diketuk bertalu-talu. Syaira turut sama memanggil Syauqina.

"Apa kes korang bising-bising kat depan pintu bilik aku ni? Halang laluan betul." Syauqina hairan melihat teman serumahnya itu berdiri di hadapan biliknya. Arina dan Syaira berpaling ke arah belakang.

"Kau ada kat sini? Dah tu siapa yang terjerit kat dalam bilik kau tu? Alamak, seramnya!" Syaira bersuara terketar-ketar. Lengan Arina dipeluk erat.

"Jerit? Oh, aku pasang movie kat dalam. Lupa nak pause tadi. Haha..penakut betul kawan-kawan aku ni. Korang nak join aku? Layan movie hantu." Syauqina sengaja mengajak mereka berdua sedangkan dia tahu Arina dan Syaira memang 'alah' dengan cerita seram. Kalau mereka ingin menonton cerita seram, pasti mereka mengheret Syauqina untuk menemani.

"Ceh, tak guna punya kawan! Dah tahu hantu tu badfriend aku lagi mau tanya." Syaira memasamkan wajah.

"Kau okey ke tak ni Syuq? Si Aizat tu tak buat pape kat kau kan? Ish, bimbang betul aku."

"Chill lah, Rin. Aku baru je nak release stress lepas jumpa mamat bangang tu. Lepas dinner nanti aku share pasal 'date' aku dengan korang ey."

Syauqina melepaskan tawa setelah Arina dan Syaira meninggalkannya dengan wajah kelat. Apabila tiba di rumah tadi, memang hatinya panas. Terbakar. Sebab itu dia memasang movie dengan full volume. Tak sangka tindakannya itu mengundang cemas. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

'Tak guna kau marah-marah pasal mamat tu, Syuq. Nanti tak pasal-pasal habis kedut muka kau.' Syauqina mengumam di dalam hati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"Biar betul kau Syuq. Kau tinggalkan dia kat situ sorang-sorang? Ruginya."

"Betul tu Rin. Kalau aku tahu jadi camni, mesti aku dah temankan kau Syuq. Teringin betul aku nak jumpa dengan guy yang boleh buat kau angin semacam." Syaira ketawa melihat muka Syauqina berkerut marah.

"Ceh, mamat tu kerek semacam. Dia ingin aku desparate sangat nak kahwin ngan dia? Aku ni muda belia lagi tau. Nak enjoy puas-puas dulu." Syauqina mencebik.

"Apa kau kata? Kau tak desperate? Habis tu yang ibu kau suruh kau kahwin sebelum hujung tahun ni tu apa? Ke kau dah ada calon lain? Kau tu mana muda belia lagi. Kau dah layak jadi mak budak tau." Syaira meninggikan suaranya pada Syauqina yang berlagak selamba.

"Excuse me, Miss Syaira. Yang nak kahwin tu aku, bukan ibu. Kalau kahwin ngan orang yang kita tak suka tak boleh gak. Nanti tak aman rumah tangga. Lagipun jodoh tu kan bukan kita yang tentukan tapi ALLAH."

"Tau pun kau jodoh tu ALLAH yang tentukan. Yang kau benci sangat kat Aizat tu apa kes? Benci-benci nanti jadi cinta tau. Kalau jodoh kau ngan Aizat tu tahu lah kau langit tu tinggi ke rendah." marah Syaira lagi.

"Gaduh lah korang. Aku still tak faham kenapa kau tak nak try kenal dulu dengan Aizat tu. Yelah, even kau kata dia kerek pun, dia still calon husband kau kan? Nothing can change that."

"Betul tapi hati aku ni tak mau terima sesiapa pun. Nanti-nanti lah aku kenal dia. Banyak masa lagi kan?" ujar Syauqina lemah.

"Em, dah lah. Lewat dah ni. Jom tidur. Esok nak bangun awal."

"Bangun awal? Kita nak gi mana Rin?"

"Apa kau slow sangat ni, Ira? Kan esok kita nak gi picnic." kepala Syaira disekeh perlahan. Syauqina hanya ketawa apabila Syaira terpinga-pinga. Setelah mengucapkan selamat malam, mereka beredar ke bilik masing-masing.

No comments:

Post a Comment