Be My Soulmate? - Love 3
"Mak kau biar betul, Zat. Hujung tahun ni? Tu dalam empat bulan je kot. Gila hapa?" Hazwan menyuarakan rasa terkejutnya. Amirul pula tersedak selepas Aizat membuat kenyataan hot semacam itu. Hazwan pantas menepuk belakang Amirul.
"Kau rasa benda tu surreal? Aku ni macam dah tak jejak bumi lepas mak aku bagitau. Bukan setakat tak jejak bumi, aku rasa aku ni dah ada kat galaksi lain. Bukan milky way dah." Aizat mengubah posisi duduknya agar lebih selesa.
"Aku ingat mak kau saja-saja aje nak ugut kau dulu. Tu dia nak introduce budak tu kat kau tapi kalau dah macam ni.." Amirul mengeluh perlahan. Sedih kerana bakal kehilangan housematenya.
"Come on lah. Korang betul-betul ingat aku nak sacrifice aku punya freedom for a girl i barely know? Never! Lagipun aku dah ada pilihan aku sendiri." ujar Aizat angkuh.
"Dah tu camne ngan budak tu? Kau nak tinggalkan dia camtu je? Kau pun satu lah, napa kau tak canang kat mak kau pasal buah hati pengarang jantung kau tu?" marah Amirul.
"Aku bukan setakat canang, siap bawak dia jumpa mak aku lagi tapi mak aku tak berkenan. Nak tau kenapa? Sebabnya Rania tak pandai masak. Fail logik lah." suara Aizat mula meninggi, geram dengan kenyataan ibunya.
"What? Sebab tu je?"
"Aku boleh je terima alasan mak kau tu, Zat. Ye lah, kalau tak pandai masak alamatnya makan kat luar lah kau hari-hari. Sanggup ke kau? Bukan murah asyik makan kat luar je." sampuk Hazwan perlahan.
"Wan, tak pandai masak tak bermakna tak boleh belajar. Kelas masakan berlambak lah kat luar sana. Aku boleh suruh dia pergi belajar. Lagipun aku tak kisah sangat kalau kena makan kat luar pun. Bukan tak biasa." ujar Aizat mempertahankan buah hatinya.
"Kau tak kahwin lagi memang lah boleh kau kata camtu. Kau ingat kahwin ni mudah? Kau kena ada bajet, bro. Nanti kalau kau dah bagi muka sangat makan kat luar, aku gerenti awek kau tu naik lemak lah. For sure dia tak nak masuk dapur. Tambah-tambah awek cam Rania tu. Kau kena fikir, nanti nak ada anak-anak lagi. Belanja besar tau semua tu." panjang lebar syarahan Hazwan.
Aizat terdiam. Kelu lidahnya untuk berbicara. Tahu ada kebenarannya dalam syarahan Hazwan tapi akalnya sedaya upaya menolak kebenaran itu. Rania, kekasihnya itu bukan wanita yang akan masuk ke dapur dan memasak. Melayan anak jauh sekali. Dia dapat melihat Rania tidak senang melayan kerenah Nana, adik bongsunya yang berusia 19 tahun.
"Ke si Rania tu still tak nak anak? Rugi lah camtu, bro." soal Amirul separuh berbisik. Bimbang 'penasihat rumah tangga' yang berada berdekatan mendengar soalannya.
Usaha Amirul ternyata gagal kerana Hazwan sudah tersentak mendengar soalan yang diutarakan oleh Amirul. Namun dia malas untuk komen. Biar lah. Aizat sudah dewasa. Dia sebagai kawan hanya mampu menasihati dan bukan niatnya untuk memaksa.
Melihat Aizat yang terdiam, Hazwan mengambil keputusan untuk membiarkan lelaki itu bersendirian. Berfikir baik dan buruknya keputusan ibunya. Hazwan bangun lalu mencuit bahu Amirul, memberi isyarat agar membiarkan Aizat bersendirian.
Fikiran Aizat merewang jauh mengenangkan Rania. Wanita yang dikenalinya sewaktu masih menuntut di universiti. Mereka berkenalan sewaktu dia terlibat dengan program anjuran KLMU. Rania adalah pelajar broadcasting & film di sana. Dia terpikat dengan Rania atas keyakinannya berhadapan dengan kamera. Atas usahanya, dia berjaya mendapatkan nombor telefon model sambilan itu dan hasilnya mereka sudah bersama hampir dua tahun.
Sekarang dengan kerjaya Rania sebagai model dan pelakon yang semakin meningkat naik sudah pasti perkahwinan adalah agenda yang tiada di dalam diarinya. Apatah lagi dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh wanita itu apabila soal perkahwinan diajukan. Aizat melepaskan keluhan perlahan.
Dia penat dengan semua ini. Dia hairan mengapa ibunya beria-ria ingin dia berkahwin dengan Syauqina. Entah apa istimewanya dengan budak kampung itu, dia sendiri tidak pasti. Sekali lagi dia mengeluh. Tekadnya bulat. Telefon bimbit yang berada di atas meja dicapai. Nombor pemanggil pantas didail. Beberapa saat kemudian panggilannya disambut.
Selepas berbual seketika, Aizat memutuskan talian. Janji sudah ditetapkan. Jam di decoder astro dijeling sekilas. Pukul 4:45. Dia masih mempunyai masa untuk bersiap sebelum keluar makan malam bersama orang yang di hubunginya tadi. Dia melangkah ke luar rumah dengan tujuan mencari Amirul dan Hazwan bagi membatalkan janji mereka bertiga untuk bermain ps malam ini. Misinya perlu diutamakan.
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari pintu utama, satu hentakan kuat mengenai dadanya. Aizat mengaduh perlahan. Dia melihat sebiji bola tergolek di hadapannya. 'Tak guna punya kawan. Main bola tak ajak aku.' Bola itu kemudiannya ditendang tepat menuju ke sasaran. Dada Hazwan. Sengih tak berdosa yang terukir di bibir Hazwan lenyap setelah Aizat membalas serangannya dengan pantas.
Serangan demi serangan dilontarkan oleh tiga sahabat itu. Hampir setengah jam kemudian mereka terduduk keletihan. Amirul mendesah kasar. Staminanya semakin lemah sejak mula bekerja. Masakan tidak, dia sudah jarang bersenam lantaran tuntutan tugas yang memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit.
"Weh, aku tak jadi join korang main lah malam ni. Aku ada hal sikit."
"Hal apa? Nak jumpa Syauqina pasal majlis korang?" gurau Hazwan disambut tawa Amirul.
"Buang masa aku je jumpa budak tu. Rania dah balik. Aku nak dinner ngan dia malam ni. Dah berzaman aku tak jumpa dia." senyuman di bibir Aizat melebar apabila dia menuturkan nama kekasihnya itu.
"Uish, dah lewat ni. Aku nak siap-siap dulu. Baju pun tak cari lagi ni. Chow." Aizat segera bangkit menuju ke dalam rumah.
Hazwan hanya menggeleng melihat gelagat Aizat. Dia bimbang temannya itu akan tersilap membuat percaturan. Dia kenal wanita seperti Rania. Wanita sebegitu tidak akan setia dengan hanya seorang lelaki. Aizat pula seolah-olah buta, tidak dapat melihat perkara itu.
Amirul pula malas mengambil pusing berkenaan hal itu. Dia masih ingat pergaduhan besar yang berlaku antara dia dan Aizat sewaktu Aizat masih baru mengenali Rania. Aizat menuduhnya memburuk-burukkan Rania kerana Rania memilih Aizat dan bukannya Amirul.
Tepat pukul 7.30 malam, Aizat mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Dia perlu mengambil Rania di rumah sewa wanita itu terlebih dahulu. Kereta dikeluarkan dari porch lalu memecut ke jalan raya.